Thursday, September 30, 2010

DSL218: Beraya bagai tak hengat..!!! (Babak Akhir)

Perjalanan kemudiannya diteruskan ke rumah Julat yang jaraknya sejauh mata memandang yang mana kalau aku dan Blanka dibiarkan dan dipaksa berjalan sambil menyanyi lagu raya, mahu jugaklah ketiak kitorang ni lecak-lecak bak padang bola di Stadium Bukit Jalil bila hari hujan. Tapi syukur ke hadrat illahi, perjalanan aku ke rumah Julat telah dibantu dengan kenderaan berpacuan roda hadapan berkuasa 2.0 buatan Malaysia dan yang paling penting sekali ia telah divariasikan dengan cermin tingkap yang diambil daripada Mitsubishi Eterna (penumpang hadapan sahaja). Kitorang sampai di pintu pagar pondok Uncle Jaga rumah Julat dalam pukul 5.00 lebih kalau tak silap aku. Masa tu hari hujan renyai-renyai sikit, so aku gagal untuk melihat matahari bagi menentukan waktu yang sebenar. Sampai rumah Julat, kitorang tak terus masuk ke dalam rumah kerana merasakan tidak ada apa yang menarik, sebaliknya kitorang semua hanya berkumpul di hadapan rumah Julat sambil mengambil sejenis bahan buatan manusia yang mempunyai lebih 4,000 bahan kimia berbahaya sambil hidung kembang kempis dan dengan bangganya melepaskan sisa bahan tadi ke udara. Hanya selepas hampir 10 minit, barulah kelihatan tuan anak tuan rumah yang hanya memakai seluar pendek berjenama dan t-shirt berjenama menjemput kitorang masuk ke dalam rumah. Melangkah je kaki kat dalam rumah Julat, kitorang semua dikejutkan dengan sesuatu yang amat indah pada pandangan mata manusia seperti Butam...


******************

"Mak aihh.. Ade amoi manis laa.." kedengaran Butam berkata-kata di dalam hatinya.

"Ni kalau aku bawak jumpa mak aku ni, kompom mak aku suka." kata Aswad pula dari anak mata di sebalik cermin matanya.

"Agak-agak amoi ni cikgu sekolah Cina ke ek?" Blanka pula bertanya di dalam hati.

"Ni kalau aku bawak balik Gombak ni, Opah kejar dengan penyapu rasanya ni." sambung Lakau yang dari tadi gagal untuk merehatkan kelopak matanya kerana tidak mengelipkan mata.

(Dialog di atas hanya rekaan semata-mata)

****************** 
Tapi gadis berbangsa cina itu memang amat manis dan bak kat Robert Downey Jr., yang baru sahaja balik dari sebuah IPTA di Melaka, "Bedepotttt"

Tapi sayang seribu kali sayang, kemanisan gadis berbangsa cina itu hanya mampu bertahan untuk waktu yang singkat sahaja. Kemanisan air oren yang dihidangkan oleh tuan rumah lebih menarik perhatian kitorang. Dan kemanisan air oren itu tadi telah ditujah lagi dengan anjakan hidangan spaghetti yang amat menarik minat panglima-panglima sekalian. Sememangnya apa yang berlaku itu ibarat "Double Penetration" bak kata Mustafa Kemal Atatürk ketika di dalam tandas bersendirian. Walaupun baru je lepas melantak dan membaham hidangan di rumah Aswad, panglima sekalian masih belum berpuas hati. Tapi aku seorang yang tak makan, sebab "tangki" aku kecik (gua tank 40 litre je bai).

Selesai je makan, aku tengok semua ONkan balik kamera kabel tertutup (CCTV) dan alat pengesan bahaya untuk menjalankan operasi. Yang menjadi mangsa, semestinya awek cina tadi.. Hahaha... Sambil berborak, sambik mengusha.. Memang diorang ni semua terbukti professional, sebab awek tadi ternyata gagal mengesan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh diorang ni (nama terpaksa dirahsiakan). Sampai nak balik, macam itulah keadaannya. Selepas bersalam-salaman dan mengucapkan salam perpisahan (Julat nak pergi oversea) dengan anak tuan rumah iaitu Incik Julat. Kami meneruskan perjalanan kami ke rumah seterusnya. Ke rumah gadis pilihan hati dan limpa Jonet, iaitu FiFi (WiFi bukan nama sebenar).

Aktiviti beraya ke rumah FiFi (bak kata Butam) ni tidak dirancang sebenarnya. Semuanya terjadi bila FiFi tiba-tiba je ajak datang rumah. Katanya ada makan-makan sikit. Pada mulanya, aku tengok panglima semua berfikir la jugak nak pergi ke tak, sebab jadual rancangan kitorang memang sangat padat. Tambah pulak bila waktu kat rumah Julat tu dah nak masuk ke senja. Jadi rasa macam segan la nak datang rumah FiFi. Tapi selepas mendengar hidangan yang telah disediakan, aku tengok semua macam dengar Maria Ozawa nak datang Malaysia. Muka semua macam tak makan sebulan. Tapi, setibanya di rumah FiFi, hanya aku, Blanka, Jonet, Bard, Butam dan Bunek aje yang ada. Roy gagal untuk menghadirkan diri sebab ada open house lain. Lakau pulak gagal menghadirkan diri sebab nak kena hantar Roy balik rumah. Aswad pulak gagal menghadirkan diri sebab kena temankan Lakau hantar Roy. Selesai membaham apa yang dihidangkan oleh FiFi (kecuali pinggan dan gelas), kitorang semua meneruskan perjalanan ke rumah aku.

Perjalanan seterusnya hanya dibarisi oleh 5 orang panglima je (termasuk aku). Sebab Butam terpaksa balik  rumah dia kejap, sebab nak KENA HANTAR ADA SORANG JIRAN/PAK CIK TU YANG NAK BELI BUAH-BUAHAN KAT PASAR BORONG PUKUL 9.00 MALAM UNTUK OPEN HOUSE YANG AKAN BERLANGSUNG KEESOKAN PAGINYA (tiba-tiba key Caps Lock aku sangkut).. Jadinya, daripada 3 buah/biji/utas/bentuk kereta, sekarang ni cuma tinggal sebiji je.. Memang sangat-sangat best dalam perjalanan ke rumah aku tu. Bagi pemandu dan penumpang hadapan, diorang memang tak rasa apa la., bahkan diorang mungkin rasa diorang sedang bersiar-siar menikmati udara malam yang nyaman. Tapi bagi kami yang duduk kat belakang ni, rasa macam duduk dalam cockpit F1 je. Nak angkat tangan nak garu ketiak pun tak boleh, apa lagi nak kupas kulit bawang untuk masak nasi goreng kampung. Bard aku tengok memang dah kesian giler, nak angkat jari pun tak boleh dah. Sebab kalau dia angkat jari, konfem akan berlaku geseran diantara aku dan dia. Bagi mengelakkan aku terangsang dan bertindak agresif, Bard hanya mendiamkan dirinya. Hahahaha... Sampai rumah aku, semuanya dah siap. Memang setting baek punyeee (time kaseh mak)... Sebab lagi 3 Kilometer nak sampai, aku dah suruh mak aku siapkan table dah. Hahaha.. Lepak kat rumah aku tak lama sangat, sebab nak mengejarkan rumah Cocos pulak. Jam pulak masa tu dah pukul 9.00 lebih. Dengan sepantas kilat, kereta buatan Malaysia yang mempunyai enjin berkapasiti 2.0 Litre dipandu laju oleh Blanka meyelusuri jalan-jalan kampung menuju ke Putrajaya.

Dah la sampai lewat. Sesat pulak tu. Akhirnya, selepas berkali-kali-kali-kali-kali Blanka pusing-pusing kat roundabout sampai ayam goreng yang Bard makan kat rumah aku tadi nak lompat keluar dari perut dia, akhirnya kitorang berjaya jugak jumpa dengan Cocos. Dah jumpa Cocos, ingatkan dah boleh pergi melantak. Tapi rupa-rupanya belum lagi. Kitorang kena pulak menjemput Lakau dengan Aswad yang sesat sampai ke Alamanda (lepas hantar Roy balik). Bila semua dah ada (kecuali Butam), kitorang memang terus serang rumah Cocos la. Sampai je rumah Cocos, tengok atas meja dah terhidang macam-macam lauk. Cantek.. Perut yang kenyang pun jadi lapar balik. Habis je semua sental nasik minyak dengan ayam masak merah+telur dadar, semua dah menyandar macam kuda baru lepas ejaculation. Agak lama jugaklah kat rumah Cocos, dari kenyang sampai lapar balik laa.. Tapi memandangkan ada sebijik lagi rumah nak kena pergi. So, niat kami untuk top-up perut yang kekeroncongan terpaksa dibatalkan.

Rumah yang terakhir, rumah Butam. Tak jauh pun dari rumah Cocos. Keluar simpang taman, belok kiri masuk jalan besar, belok kiri, jalan straight, jumpa tiga traffic light jalan terus, belok kanan jalan terus sampai jumpa jambatan, naik fly-over masuk kiri, jumpa simpang masuk kiri dah sampai rumah Butam. Memang sangat-sangat tak jauh. Mula-mula ingat tak nak masuk rumah Butam, sebab dah lewat sangat. Tapi selepas senapang 0.15 Butam diacukan kat muka kitorang, memang kitorang terpaksa naik la. Masuk je dalam rumah, semua buat muka tak bersalah datang beraya rumah orang pukul 12.30 malam. Tapi ke kesukanan kesportingan (betul ke ayat aku?) parents Butam memang ternyata. Walaupun rasa segan ada dalam setiap diri para panglima, tapi Laksa yang di hidangkan tetap dijamah dan diratap dengan rakusnya. Dalam pukul 1.00 pagi lebih, barulah segala-galanya berakhir. Selepas seharian bahan-membahan, kutuk-mengutuk (sorie ek Bunek), akhirnya panglima DSL218 kembali pulang ke daerah masing-masing. 

Aku harap, tiap-tiap tahun kita boleh wat macam ni. Walaupun nanti korang semua dah kahwin (kecuali aku, aku nak tunggu Lisa Surihani meminang aku) dan ada anak-anak, biarlah kita tetap jadi macam ni. Tak salah kalau nak mencari duit, tapi satu hari nanti, mungkin tangan yang menaip cerita inilah yang akang mengusung jenazah korang ke kubur. Atau mungkin juga, bibir yang membaca cerita aku inilah yang akan membacakan doa untuk diri aku bila aku dah takde nanti. Sampai bila DSL218...?? Aduan Rakyat, TV3 ambil berat...


(Dah Habis Daaa...)



Opps.. Belum habis lagi.. Lupa pulak nak cakap, lepas balik dari rumah Butam, aku, Blanka dengan Bard sambung kegembiraan kitorang dengan tengok MUSC Drag kat Cyberjaya pulak, pukul 11.00 pagi baru sampai rumah.. Hahaha..!!!


p/s: Laksa rumah Butam ni...

"Korang buat aku lupa yang aku RINDUKAN dia."
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

2 comments:

machap said...

kau silap jang...mak aku x suke amoi,die nk melayu gak..baru ori katenye...

cØjUnK™ said...

ye ke..??igtkn jungle trekking..hahaha..

Related Posts with Thumbnails