Tuesday, September 21, 2010

UPSR: Untuk Pelajar Sangat Rajin..!!!

Owh..awan mendung berarak perlahan. Daun-daun berguguran indah menghiasi cahaya sinar pagi. Errk,baru aku sedar. Budak-budak sekolah tengah amik UPSR arini. (ini intro paling ba**sat penah aku wat rsenye)

Sebenarnya arini aku masuk opis aku takde kerja, aku dok berFacebooking dan dengar lagu kat radio guna Nokia BalackCherry aku... Tengah syok-syok layan lagu Zaiton Sameon yang menjadi sumber inspirasi Mak Cik Munah "The Kantin Owner", tiba-tiba aku dengar akak kat opis aku ni dok cerita pasal budak-budak sekolah yang amik UPSR minggu ni. Owh.. Dah UPSR ek? Baru aku tau, kalau takde akak-akak kat opis ni, kompom aku tak tau sume cerita semasa kat Malaysia ni, termasuklah cerita fesyen-fesyen tudung yang hot-hot di pasaran.

Bila difikirkan balik, aku rasa macam nak gelak sorang-sorang. Teringat pulak zaman sekolah masa aku amik UPSR dulu. Zaman yang penuh dengan pancaroba. Banyak betul halangan yang aku hadapi. Tapi akhirnya kejayaan milik aku (berjaya ke?). So, entri kali ni mugkin agak serius. Tapi aku tak jamin la sejauh mana aku akan serius. Hahahaha.... Semuanya bermula macam ni...

Zaman aku sekolah rendah, aku bukanlah seorang budak yang genius tahap Detective Conan mahupun bijak dan pandai seperti Tekisugi dalam cerita Doraemon (nanti aku cerita zaman sekolah aku ek). Aku juga bukan budak yang menjadi setiap pujaan budak-budak perempuan yang cute tetapi baju kusut (kecuali Mak Cik Munah "The Kantin Owner"). Aku cuma budak sekolah yang yang lahir di dalam keluarga yang tak seberapa. Pakaian sekolahku hanyalah baju putih dan berseluar biru. Kasutku pula hanya berwarna putih. Tak seperti budak-budak sekolah yang boleh kita lihat seperti di Amerikaaaa (sila sebut macam dalam cerita Budak Kelantan). Zaman sekolah aku memang susah. Aku pernah tak datang sekolah selama 3 bulan (tapi tak kena buang sekolah) atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Lepas aku masuk balik sekolah, aku kena pergi sekolah sendiri. Kena naik bas awam, bukan macam kanak-kanak lain yang naik bas sekolah siap air-cond bagai. Pukul 6 pagi aku dah kena jalan kaki, jalan dalam gelap, lalu tepi pokok kelapa sawit (kat area Shell sekarang ni bagi mereka yg tau rumah aku), tunggu tepi jalan seorang diri atau bertemankan aunty-aunty yang nak pegi kerja. Kadang-kadang aku kena kejar dengan anjing, kadang-kadang aku yang kejar anjing sambil menganjing-anjing owner anjing tadi. Kadang-kadang bila balik sekolah tertinggal bas, aku kena la menapak atau dalam bahasa yang lebih sopan BERJALAN KAKI sejauh dua KM, untuk tunggu bas kat depan UKM (sebab depan UKM banyak bas lalu).

Dekat sekolah pulak, aku tak ramai kawan. Sebab aku duduk jauh, so budak-budak semua taknak berkawan dengan aku (mongok punya mentaliti). Kadang-kadang rasa menyesal jugak aku tukar skolah. Tapi masa darjah enam, aku berjaya juga menjadi trend setter walaupun aku tak popular, dengan memakai kasut Penguin yang dilarang pada waktu itu. Akhirnya, 1/4 budak lelaki darjah enam pakai kasut Penguin. Hahaha... Sekali kantoi, ramai-ramai jalan kaki ayam. Bab belajar, memang aku tak pandai. Jarang sekali Cikgu Norhafizah (nama cikgu kelas aku) nak puji nama aku. Yang dia rajin, rembat tangan aku guna 'Roti Panjang' (pembaris kuning yang popular). Mana taknya, setiap kali dia mintak homework, aku bagi senyuman manis ala-ala Matt Damon je kat dia. Maybe dia takut dia tergoda, sebab tu dia rembat aku tu.. Tapi aku penah jugak la buat dia menangis, owh... (maafkan saya Cikgu).

Disebabkan aku ni terlampau sengal dan mangkuk tahap anak udang, ada seorang cikgu ni (Cikgu Zahid nama diberi) telah mengoffer aku kelas tambahan secara percuma. Korang bayangkanlah, aku kena cover 3 bulan punya subjek. Perghh.. Rasa otak aku ni macam otak-otak yang dijual kat pasar malam dah. Tapi belajar ada hadnya. Aku belajar malam, siang aku main, petang aku main. So, hidup aku penuh dengan bermain. Macam dah takde beza jugak la aku pegi kelas tambahan tu. Bila dah nak dekat UPSR, aku jadi rajin sikit. Sikit je la, nak rajin banyak-banyak nanti aku takut orang cakap aku hipokrit. Masa peperiksaan ujian, aku chillex je. Takde nak study berbagai macam budak-budak lain. Bagi aku, UPSR ni macam peperiksaan yang tah apa-apa. Sebab, kalau tak lepas pun bukan aku tak boleh masuk sekolah menengah pun. Nak je aku berdiri atas meja sambil cekak pinggan pinggang depan Guru Besar aku Si Cikgu Khatijah tu dan cakap...

"Cikgu, jangan paksa saya belajar boleh tak?" dengan selambanya.

Tapi nasib baik la bapak aku kenal dengan Cikgu Khatijah tu. Silap-silap nanti kalau aku cakap macam tu memang aku jadi Superman la, boleh terbang dengan gembiranya...

Sehari sebelum aku amik UPSR, aku memang tak study satu ape binatang kejadahnya pun. Aku cuma main bola kat padang macam biasa. Mak dengan bapak aku memang dah tak boleh nak buat apa dah. Memang dah tak terbendung dah aku masa tu. Mungkin masa tu jin bernama Wayne Rooney dah merasuk dalam badan aku.

Maka, menjelmalah hari peperiksaan UPSR. Aku dengan selamba hadapnya masuk dewan peperiksaan tanpa membuka kasut terlebih dahulu. Tapi aku tetap masuk dengan kaki kanan terlebih dahulu. Sebab mak aku dah pesan awal-awal. Kalau aku tak masuk dengan kaki kanan, nanti mak aku tak nak bagi aku makan keropok Super Ring pujaan hatiku lagi. Selama tiga hari berturut-turut, aku dok menghadap kertas dengan tangan pegang pensel dok kaler-kaler dalam lubang bulat-bulat yang ade tulis A B C D. Ada kertas yang aku kena tulis gabungan huruf A sampai Z untuk menjadikannya sebuah ayat dan membosankan aku, tapi mungkin tidak bagi penanda kertas jawapan. Ade kertas pulak aku kena tulis nombor-nombor dan letak simbol + - X ÷ dan = ... Owh.. Sistem pendidikan di Malaysia memang amat menceriakan hati aku ketika itu (bluweek..).

Habis je UPSR, masa paling best. Datang sekolah dah tak payah nak belajar. Duduk dalam dewan, main board games yang telah disponsor oleh pihak perpustakaan. Terima kasih Cikgu Kamarul, saya memang suka cikgu bila cikgu paksa saya main congkak plastik yang bunyi memekak tu sedangkan saya nak main Saidina dengan awek pujaan saya. Tapi rasa macam pelik pulak aku masa tu. Apa guna aku pergi sekolah kalau aku datang untuk bermain je? Kenapa cikgu-cikgu semua tak nak ajar aku subjek tingkatan 1? Takkan la diorang semua tak boleh nak ajar, ape diorang semua terus masuk Universiti ke lepas habis sekolah rendah? Aku rasa macam aku menghabiskan pendapatan isi rumah mak dengan ayah aku je. Tapi nak buat macam mana, kalau tak pergi sekolah nanti bapak aku cakap aku ni terlampau hensem pulak sebab duduk kat rumah je. Aku ni memang tak suka bila ada orang puji aku.

Time result keluar. Sekolah aku jadi huru-hara. Kalah la masa riot kat kat Haiti dulu. Tapi aku chillex je. Nak cuak-cuak watpe. Sendiri tak belajar, sendiri tanggung la beb (chillex sungguh kan). Apa yang buat budak-budak ni semua mengelupur tak tentu hala sebenarnya sebab result sampai lambat kat sekolah aku. (CHUP..time aku taip ni, lagu New Boyz - Sejarah Mungkin Berulang sedang berkumandang, aku tak leh nak fokus sebab aku dengar bunyi langau sengau-sengau) Mungkin cikgu yang pergi amik result untuk sekolah aku kat PPD tu tertidur dalam kereta (bukan selalu dapat mengular, ye tak?). Bila cikgu tadi sampai je sekolah, seraya dengan itu roket-roket dan mortar pihak Taliban telah menyerang kereta cikgu itu tadi. Result kami pun terbakar dan kami semua begitu hampa. OK, yang ni aku tipu (mungkin efek lagu New Boyz tadi).

Ala, macam biasa la... Bila result sampai, cikgu pun announce kat speaker yang macam corong isik petrol tu..

"Perhatian murid-murid semua, sila lihat keputusan UPSR anda di papan kenyataan di hadapan dewan sekolah. Sila beratur sambil joget ala-ala M. Daud Kilau (okey yang Bold+Italic tu aku tipu, mungkin efek New Boyz tak habis lagi, ARGHHH..!!!)." kata seorang cikgu perempuan yang gagal dikenalpasti.

Budak-budak lain semua excited tahap cipan jumpa busut yang penuh dengan anai-anai. Aku jalan macam nyonya baru lepas beli sayur je. Aku rasa aku antara orang terakhir yang tengok result tu. Sebelum tu, aku cuma tengok orang je. Ada yang menangis. Ada yang menjerit. Ada yang terkinja-kinja. Yang senyum macam kambing pun ada (spesis yang ni kompom cukup-cukup makan je). Yang aku pelik, bila tengok orang menangis la. Nak menangis buat apa, korang tengok result UPSR je kot, bukan tengok episod terkakhir Power Rangers. Bila keadaan dah ok dan perintah darurat dah ditarik balik, aku pun pegi la tengok result aku.

Owh.. Ini rupanya result aku? Ehm.. 3A 2B? Aku tak datang sekolah 3 bulan, tak pernah buat homework, tak pernah study, nak datang sekolah malas, selalu kena rotan, selalu kena maki sebab salah sendiri, aku boleh dapat result camni? Memang pelik kan... Tapi inilah dia realiti, inilah dia UPSR. Takde apa pun yang mustahil. Ini cuma sedikit dari keajaiban yang berlaku dalam sejarah pendidikan aku. Banyak lagi miracle yang jadi. Masa PMR, SPM, sampai lah aku belajar kat Menara Gading (tah mana tah menara gading tu).

Dah cukup, aku rasa ni entri aku yang agak merepek. Hahaha.. Saje nak menghilangkan bosan sebenarnya. Takde kerja kan. So baik aku dok taip-menaip ni. Nampak sikit macam buat kerja. Hahaha.. ADIOS..!!!




"Saya tak nak pergi sekolah, saya takde ramai kawan kat sekolah."
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

2 comments:

Anonymous said...

andaiku turut rasa hati
telah jauh ku bawa diri
tapi kemaafan
ku lahir dari hati mengatasi
sejarah mungkin berulang
walau engkau ku maafkan oh kekasih
tp mungkin hanya semantara
keinsafan dihati mu

....

bila ku tiada terbuktilah betapa mulia ku disisi mu

cØjUnK™ said...

owh..ape kejadahnya..lagu mmg best,tp xprlu kot klu nk sengau2..hahaha...!!!

Related Posts with Thumbnails