Sunday, October 10, 2010

KLCC: Antara Kau, Aku dan Mereka

Perghh..Ade apa la dengan KLCC tu kan? Bukan ade apa-apa yang special sangat pun kan. Kalau ada mee rebus Mak Cik Munah "The Kantin Owner" takpe la jugak kan. Tapi, kalau rasa nak melawat Jakarta, Yangon, Kathmandu, Dhaka mahupun Manila, leh la datang lepak kt KLCC ni, konfem korang akan rase yang korang ni macam tourist. Hahaha... Tapi aku malas nak cerita sangat pasal apa yang ada dekat KLCC ni. Cerita pasal apa yang ada kat KLCC ni nanti-nanti je la aku post. Hahaha...

Apa yang aku nak cerita ni sebenarnya memori zaman dulu-dulu. Dari zaman aku sekolah menengah, zaman belajar kat U, sampai la time aku bergelar kerani sepenuh masa PEKERJA sekarang ni..

Projek Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur City Centre-KLCC) telah dilancarkan pada 15 September 1992 bersama-sama dengan projek Menara Berkembar Petronas. Menara berkembar ini mempunyai 88 tingkat di setiap menara dengan ketinggian 451.9 meter.. Errr.. Perlu ke aku terangkan pasal asal usul kejadian KLCC ni..? Tak perlu la kot.. Hahaha... Ok, macam ni cerita dia..

Thursday, October 7, 2010

Rindu di petang hari...

Perghh.. Dengan kepala yang tengah berserabut dengan pelbagai masalah seperti cara-cara penggunaan Teorem Pitagoras untuk menyelesaikan soalan kajian tempatan pelajar sekolah rendah, bayang dirimu pulak datang menerjah dalam kotak pemikiran aku macam Naz Ahmad dari rancangan Melodi di TV3. Itu semua memang sangat-sangat menyakitkan ibarat ketika hendak menanggalkan balutan selepas masuk jawi di klinik Dr. Borhan Dan  Keluarga...

Kebosanan yang melanda itu telah mendorong diriku yang kekurangan helaian wang RM50 di dalam dompet ini untuk berjimba di kedai mamak. Sedang asyik melayan teh-o-ais yang terlebih ais sambil menghisap rokok yang baru shaja dinaikkan harga...

Tuesday, October 5, 2010

Awak, sekiranya awak kemalangan...

Sebelum aku tidur semalam, aku layan feel sekejap dengan layan lagu zapin bertajuk Fury of The Storm daripada band Dragonforce yang berasal dari Parit Raja, tiba-tiba datang pulak satu idea yang tak logik dan tak munasabah mahupun munasarawak apatah lagi Muniandy untuk dibicarakan kepada insan-insan yang celik IT macam korang yang baca blog aku ni. Tapi aku tetap nak sumbat jugak idea aku tu dalam blog aku yang macam sampah ni (lantak la aku nak tulis apa pun, hahaha...)… So, adakah korang semua layak untuk mendabik dada dan berbangga mengatakan diri korang adalah pencinta yang setia kepada kekasih korang? Adakah korang sanggup melakukan apa yang dilakukan kat bawah ni? Korang baca dan renungkan la ye, hahaha…

******************
Awak, sekiranya awak kemalangan,
Related Posts with Thumbnails