Monday, September 13, 2010

Ini Kisah Tiga Hari Di Hari Raya

Sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi masyarakat melayu yang beragama Islam di Malaysia. Bila sampai waktu hari raya ni la pintu rumah saudara mara akan diketuk dan diserbu beramai-ramai bersama-sama ahli keluarga yang lain. Perkara yang sama jugaklah yang berlaku kat rumah aku. Dari hari raya pertama sampai la hari raya ketiga, rumah aku ni dah macam Pasaraya Seng Huat dah. Ada saje saudara-mara yang datang. Tapi aku bukan tak suka diorang semua datang rumah aku ok, sebab bagi aku benda tu semua adalah satu kemeriahan dan membuka pintu rezeki. Cumanya..yang kesian adalah mak dengan kakak aku. Baru nak duduk borak-borak pasal kerepek raya dengan baju melayu teluk belanga dah kena bangun balik pergi dapur, sebab ada family lain pulak yang sampai. Hari raya pertama adalah masa paling sibuk tahun ni. Kakak aku yang sulung pun dah nampak macam nak cuba kibar bendera putih. Mana taknya, dengan orang ramai nak kena layan, tambah pulak lagi dengan perangai anak-anak buah aku yang mengalahkan perangai Sin Chan dan Himawari, memang berserabut la kepala kakak aku tu. Tapi mak aku jugak yang chillex (chill+relax) je, tetap senyum memanjang walaupun letih. Mungkin sebab dia terlampau happy bila tengok semua makanan yang dia buat habis dimakan dengan jayanya oleh hadirin yang datang (perghh..memang bangku baku betul ayat aku,hahaha...). Dari pagi sampai malam memang ramai betul manusia yang datang, yang aku tak kenal pun ada. Padahal saudara sendiri tu. Ini la akibatnya bila saudara mara ramai sangat. Tapi yang sedih dan paling menyayat hati aku adalah bila kakak aku nak balik rumah dia time tengah malam tu. Memang terharu betul aku rasa. Sebab bila dia dah balik, secara automatiknya tugas menjadi assistant mak aku akan disandang oleh aku. Memang CANTEK la sangat kan bila tangan anak bujang yang bau minyak hitam dan belerang mercun bola ni buat kerja dapur.


Raya kedua, turn aku pulak tolong mak aku. Tapi bukan tolong apa sangat pun, setakat tuang air botol dalam jag dengan angkat dulang je. Bukan kena anyam ketupat pun. Tapi nasib baik la tak ramai sangat orang yang datang pagi tu. Cumanya, time petang tu pulak la ramai yang datang. Yang datang tu boleh pulak family atuk saudara aku yang sebaya dengan ayah aku. Bila atuk saudara aku dah sebaya dengan ayah aku, maka mak cik saudara aku tu pun lebih kurang sebaya dengan dengan aku. Perghh.. Macam best kan bila ada Aunty yang lebih kurang sebaya dengan kita dan hot plak tu. Nasib baik la dia mak cik aku, kalau tak mesti aku dah ajak dia couple dan Lisa Surihani tak mungkin jadi awek aku sekarang ni (sorry Yunk sebab I disclose benda ni). Hahaha... Pukul 8.30 malam je aku dah cabut keluar, sebab nak pergi Alamanda tengok Resident Evil: After Life yang aku tak paham apa-apa pun. Yang aku paham, tembak+bunuh+hidup balik+tembak lagi+kepala pecah+mati. Perghh.. Memang menyedihkan betul la aku ni kan. Rasa macam nak letak tangan dalam poket seluar lepas tu jalan menunduk je time keluar dari wayang tu.

Raya ketiga, memang stylo habis la. Aku dengan ayah aku je yang ada kat rumah. Mak dengan kakak aku semua dah balik kampung. Turn diorang pulak nak beraya kat rumah saudara mara. So, memang stylivista sangat la kan bila duduk rumah berdua je dengan ayah aku. Nasib baik la takde orang datang pagi tu. Dah dekat time-time mak aku balik baru ada orang datang. Sempat jugak la aku hidang air dua kali. Hahaha...

Dalam masa tiga hari di hari raya, itulah antara perkara yang jadi kat rumah dan hidup aku tahun ni. Setakat orang ramai-ramai datang rumah sampai terpkasa duduk dekat atas atap tu bagi aku biasa je. Tiap-tiap tahun pun sama je keadaannya. Tapi yang luar biasa dan bosan tu adalah bila aku ditanya dengan soalan-soalan yang boleh buat aku bertukar jadi Avatar: The Last Airbender. Contoh-contoh soalannya adalah seperti berikut...


"Bila lagi?"

"Berapa lama lagi?"

"Seorang aje ke tahun ni?"

"Macam mana sekarang?"


dan soalan yang paling best dan di tempat yang teratas adalah...


"Jadi ke tak?"


PERGHH..!!! Apa aku nak jawab la siot.. Apa benda diorang semua tanya tu? Diorang ni semua tak boleh nak paham perasaan aku ke? Sebab semua benda tu la aku dah jarang balik kampung sekarang ni. Malas nak layan soalan-soalan maut macam ni. So, nak tak nak aku kena la bertindak balas dengan soalan tu semua dengan cara diam/senyum/jawab "Tak tahu"/buat muka Joker dan buat-buat tak dengar soalan tu. Owhh..!! Dah la aku malas nak beraya sebab ada kena mengena dengan benda tu semua, diorang boleh pulak tanya pasal benda tu. Sensitif.. Sensitif.. Yang tanya tu pulak semuanya old timer, kalau la sepupu-sepupu aku yang tanya, memang diorang dah samapai Madagascar la aku pos. Tapi, macam mana sekalipun, apa yang aku rasa dah tak penting sangat pun sekarang ni. Walaupun aku nak minum air Milo ais, aku akan minum air pegaga kalau orang lain suruh aku minum. Yang penting, orang lain nampak aku happy. Err... Apa aku tak cukup happy lagi ke sekarang ni? Hahaha...




"Awak, saya tak sabar nak balik. Saya nak jumpa awak. Nak beraya dengan awak."
 terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails