Tuesday, October 5, 2010

Awak, sekiranya awak kemalangan...

Sebelum aku tidur semalam, aku layan feel sekejap dengan layan lagu zapin bertajuk Fury of The Storm daripada band Dragonforce yang berasal dari Parit Raja, tiba-tiba datang pulak satu idea yang tak logik dan tak munasabah mahupun munasarawak apatah lagi Muniandy untuk dibicarakan kepada insan-insan yang celik IT macam korang yang baca blog aku ni. Tapi aku tetap nak sumbat jugak idea aku tu dalam blog aku yang macam sampah ni (lantak la aku nak tulis apa pun, hahaha...)… So, adakah korang semua layak untuk mendabik dada dan berbangga mengatakan diri korang adalah pencinta yang setia kepada kekasih korang? Adakah korang sanggup melakukan apa yang dilakukan kat bawah ni? Korang baca dan renungkan la ye, hahaha…

******************
Awak, sekiranya awak kemalangan,
Dan awak dimasukkan ke dalam hospital,
Saya akan menjaga dan melawat awak setiap hari,
Kerana saya amat risaukan tentang kesihatan awak…

Awak, sekiranya awak kemalangan,
Dan kenderaan yang awak pandu rosak teruk,
Saya akan menggunakan semua wang yang saya ada untuk membaikinya,
Asalkan keadaan kenderaan awak kembali seperti biasa…

Awak, sekiranya awak kemalangan,
Dan wajah awak tidak lagi seperti dahulu,
Saya tetap akan mengahwini diri awak,
Kerana saya menyintai peribadi awak dan bukannya wajah yang cantik...

Awak, sekiranya awak kemalangan,
Dan awak kehilangan kedua-dua tangan awak,
Biarlah saya yang menjadi tangan kiri dan kanan awak,
Asalkan saya dapat berbakti kepada insan yang pernah menyintai saya…

Awak, sekiranya awak kemalangan,
Dan awak kehilangan kedua-dua kaki awak,
Biarlah saya yang membawa awak ke mana sahaja awak ingin pergi,
Kerana saya tidak akan meninggalkan awak bersendirian dan kesunyian…

Awak, sekiranya awak kemalangan,
Dan awak kehilangan penglihatan awak,
Saya akan menjaga dan melawat awak di hospital,
Saya akan menggunakan semua wang saya untuk kos perubatan awak,
Saya akan memimpin tangan awak setiap hari untuk berjalan,
Saya akan membawa awak ke mana sahaja tempat yang awak ingin pergi,
Dan saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk mengembalikan penglihatan awak,
Kemudian, saya pastinya akan meninggalkan diri awak dan hilang dari hidup awak…
 

Kerana saya tidak mahu awak hidup dengan insan yang tidak mampu melihat dunia…

******************
p/s: Siyes, aku xtau nk tulis ape kt blog aku dh skrg ni...xde IDEA lngsung...


"Kalau saya hilang tengah laut, awak tunggu saya balik tak?"
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails