Wednesday, September 22, 2010

DSL218: Aku dan Lipas..!!

Owhh..!! Lipas..??!! Arghhh..!! Lipas..??!! Eeuuww..!!! Aku sangat suka guna lipas untuk menyakat orang. Hahaha.. Aku teringat zaman duduk rumah sewa dulu (DSL218). Lipas adalah makhluk yang amat digeruni oleh kebanyakan insan yang ada dalam rumah tu. Terutamanya, Jonet (bukan nama sebenar) dan Aswad (juga bukan nama sebenar..). Aku rasa pada pandangan mata diorang, lipas tu seakan-akan makhluk yang boleh membaham daging dan tulang temulang diorang dengan rakusnya. Padahal lipas ni comel kot, sangat-sangat comel pada pandangan mata aku. Sebab tu aku suka pijak-pijak-pijak lipas ni kalau dia lalu depan aku. Sebab lipas akan mengeluarkan isi perutnya yang berwarna kuning langsat dan mengeluarkan bunyi "creettt" bila dipijak menggunakan tumit kaki (ada pulak tumit bahu). Tapi dulu pernah jadi tragedi kejar mengejar guna lipas kat rumah sewa aku. Mastermind/dalang/si jahat nye dah tentulah aku. Hahaha.. Cerita dia macam ni...

Pada satu malam tu, udara sangat nyaman disebabkan pada sebelah petangnya hujan telah membasahi bumi Melaka, angin sepoi-sepoi bahasa dari arah Pantai Kelebang meniup masuk ke dalam bilik aku dengan kadar kelajuan semut berjalan berpimpinan tangan. Aku menoleh ke luar, kelihatan boxer Lakau (bukan nama sebenar yang telah diberikan oleh bapa beliau) yang digantung di balcony belakang bilik berkibar perlahan seperti bendera Zionis Israel yang baru dipijak beramai-ramai oleh penduduk Kathmandu. Aku cuma keseorangan. Hakikatnya, aku dalam kebosanan yang teramat sangat. Aku tengok Facebook, aku bosan. Aku tengok bantal, aku bosan. Aku tengok muka Lakau, lagi la aku bosan. Lebih-lebih lagi dia baru je lepas cakap kat aku yang dia nak jadi pramugara (mungkin pramugara terlampau barangkali). Aku amik telefon aku, aku dail nombor kekasih hatiku. Tertera nama Lisa Surihani@Yunk di skrin telefonku. Tapi panggilanku tidak dijawab. Aku cuba menyedapkan hati dengan tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Aku cuma beranggapan yang kekasihku itu mungkin sedang sibuk berphoto shoot untuk iklan Lip Ice. Dengan pasrah dan muka macam bunga tayarnya, aku berjalan keluar dari bilik aku dengan harapan menemui sesuatu yang menarik. Mana la tahu, aku boleh jumpa Adira AF8 depan bilik aku.

Aku melangkah perlahan, sebab aku perlu mengelak rambut-rambut Lakau yang berguguran di lantai. Mak  Cik Munah "The Kantin Owner" pernah cakap, tak elok kalau pijak rambut orang yang mempunyai masalah keguguran rambut dan bercita-cita ke Yun Nam Hair Care selepas mendapat kerja di sektor perladangan. Sampai je depan pintu bilik aku, aku nampak sesuatu yang menarik. BUKAN Adira AF8.. BUKAN Erin Malek (yang sangat cute).. dan ternyata sekali BUKAN Rosnah Mat Aris (penampar berapi). Tapi, apa yang aku nampak adalah Cik Lipas yang bernama Lady Gugugaga... Aku tengok lipas tu, lipas tu tengok aku.. Aku senyum, lipas tu pun senyum.  Aku dah ready nak angkat kaki kanan.. Tiba-tiba... mentol atas kepala aku pun menyala macam dalam cerita kartun Walt Disney.. CANTEK...!!! Datang satu idea yang akan menjahanamkan seseorang. Hahahaha...!!!

Kalau korang nak tahu apa yang jadi, korang tengok la video kat bawah ni... Tapi ini serius, jangan tengok kalau korang semua lemah semangat. Ini satu kekejaman. Kalau korang pernah tengok Final Destination, cerita Final Destination tu sebenarnya mendapat ilham dari video kat bawah ni. Segala risiko adalah tanggungjawab korang sendiri. Jangan tiba-tiba datang surat saman kat rumah aku, cakap korang mendapat gangguan mental lepas tengok video ni.. So, teruskan menonton jika anda benar-benar-benar-pelik-tapi-benar berani...!!!

p/s: Resolusi video ni memang aku wat macam haram, sebab tak payah aku nak mosaic muka sape-sape.
(Sila abaikan bunyi gelak macam orang gila tu, aku tengah letih berlari tu..OK)


"Bila saya rindukan AWAK, saya akan cuba cari jalan supaya saya tak bersedih."
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

3 comments:

Anonymous said...

cam cilake sial kawan aku ni.. pasni kite uat kat yana lak k ... "abg tq"

machap said...

macam jahanam

cØjUnK™ said...

macam jahanam kan..huhu..tp aku nk ucapkn maaf kpd mangsa sbnrnye..sb beliau adlh mangsa keadaan..ni sume gara2 Lisa xangkt call aku..hahaha..!!

Related Posts with Thumbnails