Friday, September 10, 2010

ARGHH: Cerita pagi raya 2010

Owhh.. Bila sampai bulan Syawal je, semua orang akan bercerita pasal hari raya.. So, aku pun post la pasal cerita-cerita yang berkaitan dengan hari raya kan, takkan la aku nak post pasal cerita gabungan Sabah dan Sarawak dengan Malaysia pada 16 September pulak kan.

Pagi raya owh pagi raya.. Pkul 7.30 je, mak aku dah mula menggerakkan otot-otot badan dan mengaktifkan deria pendengaran aku supaya tidak melekat dan sebati dengan tilam dan bantal menggunakan suaranya yang ala-ala Saloma nyanyi lagu Selamat Hari Raya. Demi tidak menghampakan mak aku, atau dengan lebih tepat lagi, supaya kepala aku tak dicombinekan dengan kuali yang mak aku guna masak rendang semalam, aku pun bangun la dengan kepala otak yang kosong dan mata yang seakan-akan panda (panda adalah seekor binatang yang berasal dari Pahang). Soalan pertama yang keluar dari mulut mak aku bila aku bangun adalah...

"Nak pakai baju melayu yang mana satu ni?"

Owh.. Kepala hotak aku yang masih teringat Quarter Poundersemalam terus tersentak. Inilah soalan yang aku paling susah nak jawab. Nak pilih baju melayu pun susah? Mesti korang pelik kan (walaupun korang tak pelik pun sebenarnya). Demi untuk tidak membiarkan mak aku ulang soalan yang sama buat kali kedua beserta ketupat yang ada kat tangan dia terbang ke muka aku, aku pun spontan je jawab..

"Baju melayu warna purple je la."

Aku jawab macam nak order air sirap selasih kat Mak Cik Munah "The Kantin Owner" je. Dah masuk dalam toilet baru aku terpikir. Baju melayu warna purple? Perghh.. Apasal aku pilih baju tu.. Hadoi.. 

Dah siap mandi, aku masuk bilik. Perghh.. Baju melayu warna purple aku dah siap diIronFist diseterika oleh ibu tercinta (terima kasih mak). Dengan secara automatiknya, kepala otak aku tiba-tiba ada flashback macam dalam sinetron yang menjadi tontonan bibik-bibik dan ibu-ibu di rumah setiap petang sambil mengangkat melipat kain mahupun membuat kuih raya. Airmata sedih mengantuk pun mula nak menitik, tapi aku cover je  lagi (walaupun tak salah kalau kita keluar airmata bila menguap). So, bila dah layan feeling sorang-sorang, aku pun pakai je la baju tu, malas nk pikir banyak dah. Sebab aku nak kena cepat, sembahyang raya kat surau rumah aku ni cepat sangat, 8.30 tadi dah settle sembahyang raya (mungkin imam tak sabar makan ketupat agaknya).

Tapi, bila aku pakai je baju tu, aku dah mula rasa lain macam dah. Macam ada makhluk yang memeluk erat pinggang aku. Aku mula-mula tu takut la jugak nak tengok pinggang aku. Mana tau kalau ada unsur-unsur ghaib. Ye la, kan makhluk-makhluk yang dilaknati tu semua dah dilepaskan. Tapi aku tetap jugak memberanikan diri aku untuk tengok. PERGHH..!!! Seluar aku dah ketat rupanya. Aku pun gelak sorang-sorang sambil capai alat penimbang kakak aku (kakak aku timbang setiap hari, hahaha...) yang ade bawah meja. Owh.. Berat aku dah bertambah sebanyak Quarter Pounder yang aku makan semalam rupanya. Tapi agak pelik jugak la, sebab ni first time aku rasa aku dah gemok. Hahaha...

Apa-apa pun, nasib aku masih lagi elok berbanding anak buah aku yang baju dia hilang entah kemana. Mak dengan kakak aku dah habis geledah satu rumah tapi tak jumpa jugak. Kesian plak aku tengok kakak aku yang dah macam Suster Ngensot sebab nak carik baju anak dia kat dalam bilik aku yang macam kapal Titanic semasa 30% siap. Tapi meriah jugak la pagi raya aku kali ni walaupun kepala botak otak aku asyik terbayang seseorang yang jauh di perantauan (kalau kampung boleh dikira sebagai perantauan tak?).

Ayah.. Mak.. Along & Abang Adam.. Angah & Abang Wan.. Serta anak-anak saudaraku (yang dah mula beperangai macam Oltromen ketika aku taip post ni).. Adik@Acu nak cakap, saya SAYANG anda semua. Sesungguhnya keluarga kita memang PERGHHH.. Hahaha..!!!


p/s: Thx to Mirul yang call aku tadi, dengan pesanan ikhlas dari aku.. AKU DAH SMS KO LA SEMALAM..!!! Hahaha..


"Raya kali ni kita pakai baju raya warna SAMA ye, nanti saya belikan kain untuk awak sekali."
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails