Thursday, September 9, 2010

INTRO: Ada apa dengan Cerita Tentang Kita?

Ini bukan cerita tentang politik Si Luncai dan labu-labunya yang rajin terjun ke dalam sungai mengikut Sang Ketua, kerana pemiliknya bukanlah Dato' mahupun Tan Sri yang kaya raya dan petah berkata-kata...

Ini bukan cerita tentang artis hiburan tempatan yang lagi gempak dari artis Hollywood dengan cerita-cerita kontroversinya, kerana pemiliknya bukanlah wartawan sepenuh masa ataupun stalker dengan handphone berkamera... 

Ini juga bukan cerita tentang cara-cara nak masak ayam blackpepper mahupun siakap tiga rasa, kerana pemiliknya bukanlah Chef Wan ataupun Mak Cik Munah "The Kantin Owner"...

Tapi ini cerita tentang apa sahaja yang aku fikir setiap masa, tentang apa sahaja yang aku lihat setiap hari dan tentang apa sahaja yang aku rasa dalam hidup aku...

Tapi ini semua bukan cerita tentang aku sahaja, ini semua ada kaitan dengan engkau, ini semua ada kaitan dengan dia. Kerana itulah ini Cerita Tentang Kita....


PERINGATAN: Penggunaan ayat di dalam blog ini mungkin tidak sesuai digunakan di dalam Parlimen dan institusi-institusi pendidikan awam. Jika bahasa yang digunakan tidak bersesuaian dengan kehendak diri dan bahasa jiwa bangsa anda, sila tinggalkan blog ini secepat mungkin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails