Thursday, September 9, 2010

PERGHH: Raye datang lagi..!!

♫♪♪ 
Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa
♪♪♫

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

♫♪♪
Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa
♪♫♪

Seruan kita
Untuk semua
Selamat... selamat...
Selamat hari raya...

♫♪♪
Selamat... selamat...
Selamat hari raya...
♪♪♫.. ♪♫♪...

Lagu Selamat Hari Raya Dendangan Ahmad Jais

******************

Hari Raya.. Hari Raya.. Hari Raya... Tiap-tiap tahun mesti ada Hari Raya walaupun hujan. Tiap-tiap tahun jugaklah aku akan dengar lagu raya daripada zaman Romeo bercinta guna surat hinggalah zaman Sang Buaya berskandal guna Facebook. Maka dengan itu jugak lah fenomena paranormal yang digelar HARI RAYA ni mesti akan datang melawat dan menjengah ke dalam hidup aku walaupun aku sebenarnya sekarang ni dah malas nak layan kehadiran pasangan Encik HARI dan Puan RAYA ni...


Tapi, bila dok cakap-cakap pasal raya ni, teringat plak aku masa zaman aku naik basikal Chopper dulu. Time-time nak raya ni la waktu yang paling best bagi aku yang masih lagi di bawah umur pada waktu itu. Mana tidaknya, tiap-tiap malam mak aku suruh aku pergi sembahyang terawih, tapi aku yang kepala besar kepala batu ni dok bantai pergi main mercun dekat padang. Yang kreatifnya, andai ditakdirkan bekalan mercun katak ataupun mercun papan (zaman tu mana ada mercun bola lagi) ketandusan pada malam tu, main kejar-kejar naik basikal pusing keliling taman pun leh jadi aktiviti kitorang. Yang penting ENJOY..!! Bila dah puas berfoya-foya bermain, semua tentera dari rejimen aku akan lepak kat surau. Santap moreh. Hahaha... Tapi korang semua tak payah nak bahan aku la, sebab macam la korang sume tak pernah buat semua benda-benda tu kan? Hahaha... Tapi ni masa sekolah rendah je. Masa dah masuk sekolah menengah plak lain ceritanya.

Masa aku sekolah menengah, aktiviti-aktiviti sebelum menjelang hari raya agak advance sikit. Iaitu, lepak kedai mamak (advance kejadahnya, ptuihh..) Restoran Impian Maju (RIM) nama diberi. Disebabkan aku tidak dibenarkan sama sekali untuk bermain mercun ketupat kat dalam kedai mamak tu mahupun atas kuali roti canai dia, so aku cuma akan duduk lepak sambil berbincang tentang isu pemanasan global yang semakin menghantui masyarakat dunia dan juga strategi untuk meningkatkan hasil pendapatan per kapita rakyat Malaysia (chitt..padahal dok borak pasal plan nak beraya kat umah siapa) sampai waktu sahur. Itu aje la aktiviti aku untuk mengisi masa yang berlambak terhad. Paling best pun, dah nak dekat-dekat raya tu nanti ada la konvoi berkuda bermotor ke Jalan TAR, Chow Kit, Petaling Street dan Sungai Wang untuk bershopping raya. Masa ni, Uptown, Downtown dan spesis-spesis seangkatan dengannya belum banyak/berselirat/berterabur/bersepah lagi. Kalau ada pun, tak berapa mendapat sambutan hangat dan menggalakkan sangat. Tak macam sekarang ni, Mak Cik Munah "The Kantin Owner" pun tiap-tiap hari nak pegi Downtown Cheras sebab nak cari Crocs kaler pink air laut yang menjadi pujaan hatinya.

Habis je zaman sekolah aku, sambutan hari raya aku pun mula berubah. Mula-mula semuanya indah. Lebih indah daripada apa yang aku inginkan. Tapi lama-kelamaan, yang cerah bertukar mendung, yang mendung menjadi hujan, dan yang hujan membawa banjir. Sekarang ni, aku anggap hari raya hanyalah waktu untuk aku berehat, waktu untuk aku tengok anak-anak buah aku berperangai macam Oltromen dan Sin Chan. Tiada lagi kegembiraan peribadi. Kegembiraan yang aku perolehi hanyalah apabila aku melihat insan-insan di sekeliling aku gembira bergelak-ketawa. Kenapa semua ni jadi? Dunia ni kan bulat (walaupun sebenarnya sfera), kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. So, itulah yang dinamakan lumrah kehidupan... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN..



"Aku percaya suatu hari nanti PELANGI pasti akan muncul."
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails