Tuesday, September 14, 2010

Awak, sekiranya esok adalah hari terakhir...

Entri kali ni memang tak masuk akal. Memang tak logik. Tapi aku nak bawak korang semua berkongsi  kepala otak aku yang gila ni hari ni. Kalau la korang semua tahu yang esok adalah hari terakhir dalam hidup korang, apa yang akan korang cakap dekat kekasih ataupun insan yang korang sayang (selain keluarga)? Pernah tak korang semua terpikir? Bagi aku, aku nak cakap macam ni...

Awak, sekiranya esok adalah hari terakhir dalam hidup saya...
Saya nak luangkan masa seharian dengan awak...
Sebab terlampau banyak perkara yang saya nak ceritakan...
Sebab terlampau banyak benda yang saya nak kongsikan...
Walaupun saya tahu, awak tak mungkin nak luangkan masa bersama saya lagi sebab awak rasa awak hanya membazirkan masa bila bersama saya...

Awak, sekiranya esok adalah hari terakhir dalam hidup saya...
Saya nak bawa awak ke semua tempat yang kita pernah lawati dulu...
Saya nak bawa awak ke tempat yang saya pernah janjikan dulu...
Sebab saya nak awak sentiasa ingat memori-memori indah kita dulu...
Walaupun saya tahu, awak tak mungkin nak pergi sebab semua tempat tu bukan lagi destinasi idaman awak...

Awak, sekiranya esok adalah hari terakhir dalam hidup saya...
Saya nak tengok awak senyum dan ketawa depan saya...
Sebab saya bahagia bila awak lemparkan senyuman pada saya...
Sebab saya gembira bila awak ketawa selepas dengar saya berjenaka...
Walaupun saya tahu, awak tak mungkin senyum pada saya dan ketawa untuk saya lagi sebab saya bukanlah insan yang awak mahu jumpa...

Awak, sekiranya esok adalah hari terakhir dalam hidup saya...
Saya nak pastikan yang awak tak akan bersedih bila saya tiada...
Sebab saya akan pergi buat selama-lamanya...
Sebab saya tak mungkin dapat perhatikan awak lagi...
Walaupun saya tahu, awak tak mungkin bersedih sebab saya bukanlah segala-galanya bagi diri awak lagi...

Awak, sekiranya esok adalah hari terakhir dalam hidup saya...
Saya nak awak tahu satu perkara...
Walau apa sekalipun yang awak lakukan...
Saya masih dan tetap sayangkan awak...
Sampai bila-bila...Sebab itu janji saya pada awak dari dulu...


"Kenapa kita kena takut mati? Mati tu kan satu perkara yang pasti.."
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

3 comments:

:: atiqa :: said...

if esok hari terakhir aku, aku nak cakap kat dia, aku sayang dia sangat2 dan aku harap dia bahagia..tapi tu pun kalo sempat cakap!waaaa sedih plak baca entry ko ni weh...:(

cØjUnK™ said...

hahaha...ko nk sedih2 wtpe..??aku taip ni sambil gelak2 tau...hahaha..!!chill beb..

:: atiqa :: said...

aku sedih sambil gelak lah...hahaha
RARE kan!!!!

Related Posts with Thumbnails