Penaklukan Bukit Broga kali ni dimulakan seawal pukul 4.00 pagi (aku rase aku je yang bangun time ni), tapi aku la yang jadi mangsa nak kejut semua orang. Last-last pukul 4.45 pagi jugak baru gerak keluar dari Bangi. Sampai Bukit Broga dalam pukul 5.30 pagi. Orang memang ramai tak hengat. Tapi kali ni lain dari yang lain...
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts
Wednesday, February 16, 2011
BROGA: Perjalanan tanpa DSL218
Walapun ada jugak terdengar khabar-khabar pasal kes mati budak perempuan kena himpap batu kat Bukit Broga baru-baru ni, Misi Menakluk Bukit Broga tetap aku teruskan dan diONSSkan dengan pantasnya setelah aku mendapat panggilan daripada seorang insan yang telah kehilangan berat badan sebanyak 80kg (aku main sebut je berat tu..). Dengan memakai seluar jeans dan berjersi MU season ’09/’10, lagi sekali puncak Bukit Broga telah aku daki. Bezanya kali ni tapak kaki aku telah dilengkapi dan dipasangkan dengan sepatu berjenama Kickers yang aku pinjam secara curi-curi diam-diam daripada abang ipar aku (ala..kasut tu pun dia buat gi mancing je..) sebab sandal keramat berjenama BATA aku akhirnya sampai hukum alamnya bila tapaknya boleh diibaratkan macam kerang Bob kat 15 yang tengah terjelir kepanasan (tapak tanggal laa..).
Thursday, September 30, 2010
DSL218: Beraya bagai tak hengat..!!! (Babak Akhir)
Perjalanan kemudiannya diteruskan ke rumah Julat yang jaraknya sejauh mata memandang yang mana kalau aku dan Blanka dibiarkan dan dipaksa berjalan sambil menyanyi lagu raya, mahu jugaklah ketiak kitorang ni lecak-lecak bak padang bola di Stadium Bukit Jalil bila hari hujan. Tapi syukur ke hadrat illahi, perjalanan aku ke rumah Julat telah dibantu dengan kenderaan berpacuan roda hadapan berkuasa 2.0 buatan Malaysia dan yang paling penting sekali ia telah divariasikan dengan cermin tingkap yang diambil daripada Mitsubishi Eterna (penumpang hadapan sahaja). Kitorang sampai di pintu pagar pondok Uncle Jaga rumah Julat dalam pukul 5.00 lebih kalau tak silap aku. Masa tu hari hujan renyai-renyai sikit, so aku gagal untuk melihat matahari bagi menentukan waktu yang sebenar. Sampai rumah Julat, kitorang tak terus masuk ke dalam rumah kerana merasakan tidak ada apa yang menarik, sebaliknya kitorang semua hanya berkumpul di hadapan rumah Julat sambil mengambil sejenis bahan buatan manusia yang mempunyai lebih 4,000 bahan kimia berbahaya sambil hidung kembang kempis dan dengan bangganya melepaskan sisa bahan tadi ke udara. Hanya selepas hampir 10 minit, barulah kelihatan tuan anak tuan rumah yang hanya memakai seluar pendek berjenama dan t-shirt berjenama menjemput kitorang masuk ke dalam rumah. Melangkah je kaki kat dalam rumah Julat, kitorang semua dikejutkan dengan sesuatu yang amat indah pada pandangan mata manusia seperti Butam...
Tuesday, September 28, 2010
DSL218: Beraya bagai tak hengat..!!! (Babak Satu)
Seperti yang dijadualkan, 25 September 2010. Akhirnya dapat juga buat konvoi raya tahun ni. Walaupun tak semua penghuni/penduduk/penginap DSL218 yang dapat join, tapi program ni tetap berjalan dengan meriah dan happeningnye bak kata Lopez De Sequeira. Ingat senang ke beb nak kumpul semua orang, sebab ramai yang dah kerja sekarang ni, termasuklah aku. Ada yang kerja jaga ladang, ada yang kerja tolak troli, ada yang kerja menipu orang dengan jual insuran, ada yang kerja buat road tax tipu dan ada juga yang kerja jadi blogger sepenuh masa. Tapi, atas semangat DSL218 yang amat tinggi dan pada masa yang sama tak nak digelar TAYIK (Tak Ada Yang Ingat Kami), akhirnya berkumpulah panglima-panglima DSL218 dan panglima dari kampung sebelah DSL218. Ini cerita konvoi raya DSL218..
Wednesday, September 22, 2010
DSL218: Aku dan Lipas..!!
Owhh..!! Lipas..??!! Arghhh..!! Lipas..??!! Eeuuww..!!! Aku sangat suka guna lipas untuk menyakat orang. Hahaha.. Aku teringat zaman duduk rumah sewa dulu (DSL218). Lipas adalah makhluk yang amat digeruni oleh kebanyakan insan yang ada dalam rumah tu. Terutamanya, Jonet (bukan nama sebenar) dan Aswad (juga bukan nama sebenar..). Aku rasa pada pandangan mata diorang, lipas tu seakan-akan makhluk yang boleh membaham daging dan tulang temulang diorang dengan rakusnya. Padahal lipas ni comel kot, sangat-sangat comel pada pandangan mata aku. Sebab tu aku suka pijak-pijak-pijak lipas ni kalau dia lalu depan aku. Sebab lipas akan mengeluarkan isi perutnya yang berwarna kuning langsat dan mengeluarkan bunyi "creettt" bila dipijak menggunakan tumit kaki (ada pulak tumit bahu). Tapi dulu pernah jadi tragedi kejar mengejar guna lipas kat rumah sewa aku. Mastermind/dalang/si jahat nye dah tentulah aku. Hahaha.. Cerita dia macam ni...
Thursday, September 9, 2010
PERGHH: Raye datang lagi..!!
♫♪♪
Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa
♪♪♫
Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya
Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya
♫♪♪
Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa
Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa
♪♫♪
Seruan kita
Untuk semua
Selamat... selamat...
Selamat hari raya...
Seruan kita
Untuk semua
Selamat... selamat...
Selamat hari raya...
♫♪♪
Selamat... selamat...
Selamat hari raya...
Selamat... selamat...
Selamat hari raya...
♪♪♫.. ♪♫♪...
Lagu Selamat Hari Raya Dendangan Ahmad Jais
******************
Hari Raya.. Hari Raya.. Hari Raya... Tiap-tiap tahun mesti ada Hari Raya walaupun hujan. Tiap-tiap tahun jugaklah aku akan dengar lagu raya daripada zaman Romeo bercinta guna surat hinggalah zaman Sang Buaya berskandal guna Facebook™. Maka dengan itu jugak lah fenomena paranormal yang digelar HARI RAYA ni mesti akan datang melawat dan menjengah ke dalam hidup aku walaupun aku sebenarnya sekarang ni dah malas nak layan kehadiran pasangan Encik HARI dan Puan RAYA ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)