Sunday, October 10, 2010

KLCC: Antara Kau, Aku dan Mereka

Perghh..Ade apa la dengan KLCC tu kan? Bukan ade apa-apa yang special sangat pun kan. Kalau ada mee rebus Mak Cik Munah "The Kantin Owner" takpe la jugak kan. Tapi, kalau rasa nak melawat Jakarta, Yangon, Kathmandu, Dhaka mahupun Manila, leh la datang lepak kt KLCC ni, konfem korang akan rase yang korang ni macam tourist. Hahaha... Tapi aku malas nak cerita sangat pasal apa yang ada dekat KLCC ni. Cerita pasal apa yang ada kat KLCC ni nanti-nanti je la aku post. Hahaha...

Apa yang aku nak cerita ni sebenarnya memori zaman dulu-dulu. Dari zaman aku sekolah menengah, zaman belajar kat U, sampai la time aku bergelar kerani sepenuh masa PEKERJA sekarang ni..

Projek Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur City Centre-KLCC) telah dilancarkan pada 15 September 1992 bersama-sama dengan projek Menara Berkembar Petronas. Menara berkembar ini mempunyai 88 tingkat di setiap menara dengan ketinggian 451.9 meter.. Errr.. Perlu ke aku terangkan pasal asal usul kejadian KLCC ni..? Tak perlu la kot.. Hahaha... Ok, macam ni cerita dia..

Yang aku nak cerita sebenarnya pasal hubungan aku dengan KLCC ni. 1st time aku sampai/menjejakkan kaki/mengunakan toilet/masuk KLCC ni adalah pada Februari 2002. Masa tu aku ingat lagi, aku nak pegi tengok Asian X Games. Itulah kali pertama aku sampai KLCC, best wooo perasaan yang aku rasa masa tu. Hahaha.. Masa tu kalau nak pegi KLCC memang agak letih la, sebab mula-mula aku kena naik bas, lepas tu naik komuter, last skali kena naik Putra LRT. Pada 30 Ogos 2002, aku ingat lagi aku overnight kat KLCC masa malam merdeka. Masa ni memang tak boleh bla giler, dah la member aku kantoi dengan awek dia sebab kuar dengan pompuan lain, malam tu jugak la aku rasa macam mana hidup merempat sekejap. Tidur beramai-ramai kat depan KLCC dengan member-member aku. Hahaha.. Sebab malam tu nak lepak kat dalam taman tak boleh, asyik kena halau dengan Encik POLIS je. So, tidur baring-baring la kat depan KLCC tu. Sampai sekarang kalau aku lalu kat tempat aku tidur baring-baring tu, mesti aku senyum sorang-sorang. Teringat betapa gilanya aku zaman dulu-dulu. Hahaha.. Tapi itu memang satu pengalaman yang best (sebab banyak lagi kejadian yang berlaku malam tu). Hahaha..

Bila aku dah ada motor pulak, lagi aktif la aku lepak KLCC. Orang yang bertangungjawab menunjukkan aku jalan untuk ke KLCC adalah member sekelas aku kat Teknik Kajang dulu, ROSLAN SS (ko lah punca sume bende ni Lan..). Hahaha.. Bila dah tahu jalan, memang aku gi dating kat KLCC je la, dan.. Di sinilah sejarah Antara Kita bermula. Masa aku sekolah menengah, aku couple dengan dua sorang awek ni. Awek Se..se..se..se..menyih. So, aku memang selalu pegi dating dengan dia kat KLCC. Dah macam takde tempat lain nak dating lagi dah. Dan yang paling macam haramnya kejadahnya, time nak mintak clash pun dia leh ajak aku gi KLCC gak. Sampai sekarang, kalau aku tengok meja kayu yang ade papan chess kat taman mainan tu, aku akan gelak (gelak tau, bukan sedih..). Hahaha.. Sebab kat situ la dia habiskan masa selama 3 jam dalam hidup dia untuk  buat pengakuan yang ala-ala jujur kat aku (kesian gak la kat dia).

Lepas dari tu, agak lama jugak la aku tak pergi/dating/melepak kat KLCC. Mungkin aku merajuk barangkali pada waktu itu. Hahaha.. Tapi, setahun lepas tu, segalanya berubah. Aku kembali datang melawat KLCC bersama-sama dengan cahaya harapan dan sinar kehidupan yang aku rasakan cerah pada waktu tu. KLCC jadi ibarat taman permainan dan teratak bahagia kami berdua. KLCC banyak mengetahui apa yang dijanjikan dan KLCC jugak penah menyaksikan yang janji tu tak disempurnakan. Aku malas nak cerita bab yang ni, sebab kalau aku cerita sampai esok korang baca pun takkan habis. Tapi, walau macam mana sekalipun, KLCC banyak menyimpan sejarah hidup aku. Sebab tu aku sayang KLCC sangat-sangat..!!! Hahaha...


Lagi gambar Menara Berkembar Petronas:




"Awak nak tau tak? Menara ni tinggi sebelah." kata beliau. Aku hanya senyum melihat dirinya.
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya


0 comments:

Related Posts with Thumbnails