Monday, February 14, 2011

FAST UPDATE: 4 Bulan Tanpa Entri..!!!

Pergh..!!! Memang best, 4 bulan tanpa ada entri dalam blog ni dah membuatkan otak aku tepu macam air oren tanpa gula. Bukan tak nak update, tapi disebabkan komitmen kerja (kerja la sangat) yang berlambak-lambak membuatkan aku kekurangan masa untuk mengupdate blog aku ni.

Ok, terlampau banyak yang berlaku dalam 4 bulan ni sebenarnya, macam-macam berlaku dalam hidup aku. Mungkin ada yang aku dah terlupa, tapi ini antara yang terjadi…

Bulan Oktober aritu la yang membuatkan aku malas nak update blog aku yang tak seberapa ni sebab aku diarahkan kerja+berada luar kawasan (kat Perlis woo..) selama 10 hari.. Lama tu, sampai mak aku tak kenal la aku bila aku balik rumah aritu. Makin lama kerja aku makin berlambak (sebab aku malas buat kerja,hahaha...) sampai satu tahap tu kerja aku dah mengalahkan kerja Presiden Mozambique. Sampai member aku bertunang kat Johor pun aku tak sempat nak pergi. Tapi ada perkara yang best jugak dalam bulan Oktober tu, 11/10/2010 adalah tarikh yang istimewa..hahaha..!!

Ok, bulan November plak takde apa yang menarik sangat berlaku, melainkan aku kena kerja..kerja..kerja…!!! Teringat pulak pepatah masa aku praktikal dulu, “Selagi nyawa dikandung badan, KERJA..KERJA..KERJA..!!!”.. Haaa..yang ni supervisor aku yang cakap..

Masuk bulan Disember, aku dah mula bosan dengan kerja aku, dah la kerja banyak, masalah banyak, duit pulak tak banyak.. Tapi dalam tak banyak duit tu, sempat gak la aku gi tengok Formula Drift Malaysia kat dataran. Ala, tu pun dapat tiket FREE. Tapi yang tak bestnye bila tak dapat tengok pun, ramai tak hengat orang yang datang, nak amik gambar celah mana. Last-last gambar drift tak dapat, gambar Gadis Payung yang bersepah..!! Hahaha..!!! Tapi aku tengok ramai photog yang sama je dengan nasib aku masa tu (tak dapat port la tu..). Bulan Disember ni agak special la jugak, sebab aku akhirnya dapat print surat RESIGN aku..!! Suka betul aku masa tu sampai lupa nak bernafas selama 5 saat.

Bulan Januari tahun 2011, masuk tahun baru, bukak buku baru dengan azam baru (aku ada azam ke?). Tapi aku lupa aku sambut tahun baru kat mana. Ehm..kat mane ek? Lantak laa… Masuk je tahun baru, aku submit surat resign aku. Dengan kerja yang melambak, aku tinggalkan tempat kerja lama aku. Hahaha..!! Aku rasa aku BEBAS, aku PUAS..!! Tapi ada gak la rasa sedihnye, sebab aku ingat takde orang nak celebrate time aku nak blah tu, tapi ade gak la dorang wat makan-makan untuk department aku. Sedih woo.. 17/01/2011, aku masuk tempat kerja baru. Yess..bermulalah sebuah perjalanan yang baru dalam hidup aku (aku mlas nak cerita panjang-panjang laa..).

Sekarang ni dah bulan Februari, arini Valentine’s Day. Tapi ade aku kesah??!! Sepanjang aku hidup, aku tak pernah pun sambut hari menatang haram ni. Tah ape yang bestnye tah. Setakat bagi-bagi cokelat dengan bagi bunga, time Deepavali pun aku boleh buat.

Ehm..banyak lagi sebenarnya aku nak cerita, tapi aku takde idea macam mana nak taip.. Tapi apa pun, inilah yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 4 bulan ni. Yang penting, aku dah dapat KERJA BARU..!! YEAHH..!!!



“Aku bangga aku masih tidak BERUBAH."
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails