Thursday, October 7, 2010

Rindu di petang hari...

Perghh.. Dengan kepala yang tengah berserabut dengan pelbagai masalah seperti cara-cara penggunaan Teorem Pitagoras untuk menyelesaikan soalan kajian tempatan pelajar sekolah rendah, bayang dirimu pulak datang menerjah dalam kotak pemikiran aku macam Naz Ahmad dari rancangan Melodi di TV3. Itu semua memang sangat-sangat menyakitkan ibarat ketika hendak menanggalkan balutan selepas masuk jawi di klinik Dr. Borhan Dan  Keluarga...

Kebosanan yang melanda itu telah mendorong diriku yang kekurangan helaian wang RM50 di dalam dompet ini untuk berjimba di kedai mamak. Sedang asyik melayan teh-o-ais yang terlebih ais sambil menghisap rokok yang baru shaja dinaikkan harga...
Kelibat dirimu muncul dihadapan diriku. Ayu berbaju kurung hitam. Hanya itu sahaja yang dapat aku perhatikan dari sebalik tinted hitam Si Putih mu.. Owh, seluruh tubuhku tersentak.  Kegagalan jantung untuk menghantar bekalan mencukupi sel-sel darah merah ke bahagian otak yang sedang berkecamuk ini telah membuatkan diriku ini hilang pertimbangan dan aliran elektron dan proton semulajadi dalam badan seakan-akan membuatkan diriku terkena renjatan elektrik daripada permainan kanak-kanak yang menggunakan sumber kuasa daripada bateri AA cap "kucing hitam".

Otak telah menghantar isyarat supaya kelenjar mata mengeluarkan cecair jernih bagi meredakan kesakitan yang dialami oleh diriku. Tapi semangat jatidiri dan kesukanan yang tinggi telah membantu diriku ini untuk bertahan macam dalam cerita kartun Slam Dunk. "Bertahan.. Bertahan.. Bertahan.." hanya itulah yang kedengan di cuping telingaku yang sebesar parabola NASA ini. Sakit memang sakit. Tapi tiada apa yang dapat aku buat. Hanya mampu melihat. Hanya mampu menunggu dan hanya mampu bertahan selagi mampu.

Andai dapat aku surakan.. Aku hanya ingin menyuarakan dan menjerit di telingamu itu satu perkara.
"SAYA RINDOOO SAMAAA KAMOOO...!!!!!"


"Awak balik tak minggu ni? SAYA rindu laa..."
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

2 comments:

machap said...

rilex jang,rilex...mende cmni kene sabo byk2...

cØjUnK™ said...

ehm..sabo ek..??klu 2 3 ari leh la wad..tp ni,klu kawen ank aku dh pndi jln dh..hahaha...

Related Posts with Thumbnails