Sunday, March 20, 2011

10 SEBAB KENAPA: Lelaki Bujang Tak Setia

Semenjak dua menjak dan tiga menjak ni, aku selalu melepak sorang-sorang. Kadang-kadang aku tak sedar aku dah sampai kat mana. Tau-tau aku dah sampai KL. Bila aku dah sorang-sorang tu, aku suka tengok perangai manusia yang ada kat atas muka bumi ni sambil menjeling sipi-sipi gadis-gadis berkulit gebu bertudung ala-ala pelakon sinetron macam kat TV3 tu. Satu hari tu, aku dapat satu subjek untuk aku buat kajian mendalam tentang kenapa lelaki bujang tak setia (walaupun masa buat thesis dulu aku macam hampeh). Faktor usia yang aku ambil kira dalam kajian aku ni hanyalah dalam lingkungan 18 tahun hingga 28 tahun je. Sebab aku tak jumpa pakcik-pakcik yang berusia 40an dan 50an lepak kat Dataran Merdeka waktu tengah malam buta sambil bawak RX-Z ‘rim sukan’ kaler oren mahupun EX-5 ekzos tembak bulan bunyi meriam katak Laksamana Cheng Ho ketika meredah Selat Melaka. Melalui pemerhatian aku yang (walaupun sebenarnya aku banyak guna imaginasi je) mendalam, aku dapat 10 sebab kenapa lelaki bujang tak setia…


***********************************************************************

Nombor 10: Kecewa Dengan Perhubungan Semasa

Yang ni sangat-sangat jarang berlaku tapi bukan mustahil untuk berlaku. Kadang-kadang lelaki tu kecewa dengan awek dia (mestilah awek,takkan makcik adik ipar tiri pulak kot), mungkin awek dia pun tak setia ke, menipu ke, QC a.k.a Kawalan Permaisuri ke, tak guna macam ubat sakit gigi Cap K*ki T*ga ke (siyes, aku makan ubat ni sakit gigi aku tak hilang pun), ape-ape je la kan. So, untuk melepaskan rasa kecewa dia tu, dia pun mula la bermain kayu tiga, empat, lima dan seterusnya demi nak menunjukkan protes terhadap pimpinan Hosni Mubarak awek dia tu.

************************************************************************

Nombor 9: Sunyi Tahap Tenuk Campur Gatal Tahap Miang Rebung

Yang ni pulak biasanya berlaku bagi mereka yang terlibat dengan situasi Long Distance Relationship @ Perhubungan Jarak Jauh. Bila dah jauh tu, kadang-kadang lelaki ni sunyi macam rumah kosong tepi Flat PPR Desa Rejang. Yang perempuan pulak dok sibuk memanjang dengan bisnes beg tangan LV dan GUCCI cap Guangzhou District dengan aksesori ntah hape-hape kat Facebook tu. So, berlaku la proses ketidakhadiran kasih sayang yang optimum dalam diri lelaki tu hingga beliau pun terlibat dengan gejala kecurangan ni.

************************************************************************

Nombor 8: Dapat Belajar Kat IPTA/IPTS

Yang ni adalah salah satu tambahan bagi sebab di atas. Yela, lagipun bila dah masuk belajar tempat baru ni suasana dia pun baru, ‘pemandangan’ sekeliling pun baru, stok awek ‘ticklish-ticklish’ pun baru. Sebab tu la lelaki-lelaki ni pun tumbuh tanduk yang BARU. Tapi tak dinafikan, ada jugak yang setia wooo... Jadi kepada gadis-gadis manis berwajah iras-iras Lisa Surihani, kalau pakwe korang dapat sambung belajar dan diorang mintak clash, korang terus terima je. Lepas tu amik borang untuk apply jadi awek aku kat kaunter 8 JPJ Seremban ok..

************************************************************************

Nombor 7: Bosan..Bosan..Bosan Dengan Awek Sendiri

Yang spesis macam ni memang tak berapa nak berguna. Ibarat lampin bayi pakai buang dia punya perangai. Tapi memang wujud lelaki macam ni. Tapi tak boleh jugak korang nak salahkan lelaki tu 100%. Yela, kalau korang hari-hari dok selebet/selekeh/serabai macam boxer pejuang Taliban, lelaki mana yang tahan. Sekali sekala tu make up la sampai jadi macam Rosnah Mat Aris Rozita Che Wan sikit, sekalipun korang nak pergi tutup paip air kat depan rumah. Baru la Sang Lelaki pun rasa sayang nak tinggalkan korang.

************************************************************************

Nombor 6: Tak Ada Sebab Munasabah

Jenis macam ni adalah lelaki yang lahir di bulan mengambang di bawah lampu minyak tanah kat tepi Kuil seberang Jalan Thambipillay. Memang apa benda yang dia buat pun takde sebab munasabah. Kadang-kadang diorang korek idung lepas tu lap kat baju orang lain. Aku pun susah nak komen orang jenis macam ni. Tapi memang wujud segelintir umat manusia yang macam ni.

************************************************************************

Nombor 5: Tercabar Dengan Sikap Kawan-Kawan

Kadang-kadang, lelaki ni bukan berniat nak curang pun. Diorang ni setia sebenarnya. Cuma kadang-kadang bila tengok kawan-kawan diorang bawak skandal yang hot macam penyanyi-penyanyi Wonderpets Wonder Girls, diorang pun rasa tercabar. So diorang pun cari la awek ‘ticklish-ticklish’ untuk dijadikan scandalicious walaupun korang sebenarnya lagi cun sikit daripada Lisa Surihani (my Lisa Surihani cun BANYAK ok..!!).

************************************************************************

Nombor 4: Budak Baru Habis Pantang Bersunat

Yang ni pulak tergolong dalam kategori budak-budak yang baru je dapat Sijil Peperiksaan Malaysia @ SPM (itupun slip je baru, bukan sijil pun..). Jenis yang macam ni memang tak payah nak diharapkan sangat la setianya. Tak kemana pun. Seluar dalam pun kadang-kadang pakai yang zaman sekolah rendah punya dulu. Tak mampu nak beli pakai duit sendiri. Panjang lagi jalan ceritanya.

************************************************************************

Nombor 3: Perangai Macam Arnab

Spesis macam ni memang banyak sekarang ni. Tapi kebanyakkannya sebenarnya ada satu je steady GF dalam hidup diorang. Silap-silap kalau clash mengalahkan Kassim Selamat dia punya kecewa. Cuma bila bertembung dengan minah-minah berpakaian sendat ketat dan tak muat ni diorang terpesong sikit dia punya layar kapal korek kapal layar tu. Kalau nak ke Selat Melaka silap-silap boleh sampai ke Terusan Suez.

************************************************************************

Nombor 2: Cuba Try Test Market Diri Sendiri

Lelaki jenis macam ni memang senang nak dikenal pasti. Senang cerita yang ni jenis lelaki yang kalau jalan terjatuh tersepak batu terus buat-buat pengsan sambil kena sawan sebab malu punya pasal. Diorang ni saja nak tengok value diorang kat market walaupun kadang-kadang value diorang ni lebih kurang macam Mee Celur Pak Jabit je. Tapi diorang bukan niat nak curang pun. Cuma kadang-kadang perasaan ingin tahu melampau diorang tu terlebih-lebih.

************************************************************************

Nombor 1: Bajet HOT macam Shah Jaszle/Jaszli???

Yang ni adalah sebab yang paling banyak aku tengok sekali. Ramai lelaki-lelaki yang tak setia ni bajet diri diorang tu HOT macam Shah Jaszle/Jaszli (hot ke..??). Dengan badan berlemak boroi ibarat burger extra mayo dicampur lelehan cheese brand Kraft, diorang ni sangkakan diri diorang ni tough bagaikan Sudin dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Tu yang kadang-kadang ada kes muka skandal lebih kurang macam tayar spare lori curi pasir tepi Sungai Langat kalau nak dibandingkan dengan awek sebenar diorang.

************************************************************************

So, pada gadis-gadis kat luar sana. Kalau korang taknak diri korang jadi mangsa ketidaksetiaan pakwe-pakwe korang. Ambil la tindakan proaktif dengan segera berdasarkan kajin yang menelan belanja sebanyak 0.50 Baht yang telah aku buat ni. Kepada semua lelaki-lelaki pulak, ingat satu perkara ni, “Easy come, easy go..”.

Andai ada yang tersinggung dengan entri aku ni. Aku mintak maaf ye. Takde niat nak sakitkan hati sape-sape. So, kalau ade yang nak tegur aku tu, aku terima dengan hati yang terbuka sambil mulut ternganga mengatakan “ADA AKU KESAH..??!!”..



"ENTRI seperti ini tak memerlukan kata RAHSIA."
terlampau banyak rahsia, terlampau banyak cerita, hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails